•    

Dance with The Snakes

Satu program anjuran bersama Kerajaan Negeri Perlis, PKENPs dan Persatuan Sin Chew Git Poh telah diadakan dengan kerjasama Taman Ular & Reptilia Sg. Batu Pahat pada 23 Februari 2013 yang lalu. Program “Dance with The Snakes” diadakan bagi menyambut Tahun Baru Cina peringkat Negeri Perlis dan meraikan Tahun Ular mengikut kalendar qamari cina.

Program ini dirasmikan oleh Pemangku Raja Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Almarhum Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato' Akashah Khalil dan diiringi oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato’ Azizan bin Hamid. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Exco-Exco Kerajaan Negeri Perlis dan Pengurus Besar PKENPs.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program tersebut adalah tarian singa dan menari bersama ular. Pertandingan mewarna ular juga turut diadakan untuk kanak-kanak. Try