•    

Ceramah Agama di PKENPs

PKENPs telah menjemput Ustaz Hashim Al-Hafiz bagi menyampaikan ceramah agama dan motivasi pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 yang lalu. Dalam majlis tersebut, Ustaz Hashim telah menyampaikan ceramah bertajuk “Semanis Bicara Selembut Sentuhan”.

Ceramah selama lebih kurang 2 jam di Bilik Mesyuarat PKENPs tersebut bermula pada pukul 3.30 petang dan dihadiri oleh anggota-anggota kerja dari PKENPs serta syarikat-syarikat kumpulan. Ceramah ini adalah salah satu program berkala anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi PKENPs.