•    

Kursus Pengurusan Fail & Rekod

25 & 26 Mac 2013, bertempat di Hotel Putra Palace telah diadakan Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod Anjuran PKENPs dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Cawangan Alor Setar Kedah.

Kursus Pengurusan Fail & Rekod ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran dalam menguruskan rekod-rekod jabatan. Seramai 19 orang kakitangan PKENPs terlibat dengan kursus ini.

Dengan adannya kursus ini, kakitangan PKENPs lebih memahami konsep dan perundangan pengurusan rekod, melaksanakan urusan sistem fail dengan lebih sistematik mengikut piawaian dan prosedur dan mengaplikasi proses pengurusan dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.