•    

Ceramah Agama Menyambut Ramadhan 1434H

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

Dalam kemeriahan umat Islam melakukan persediaan bagi menyambut bulan yang mulia ini, Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) PKENPs juga tidak terkecuali. KSR PKENPs telah menjemput Ustaz Mohamad Zahid bin Ibrahim bagi menyampaikan ceramah agama bertajuk "Persediaan Muslimin dan Muslimat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak".


Majlis tersebut diadakan pada hari Jumaat (28 Jun 2013) yang lalu di Bilik Mesyuarat PKENPs, bermula pada pukul 9:00 pagi dan dihadiri oleh ahli-ahli KSR PKENPs terdiri daripada staf-staf PKENPs dan syarikat-syarikat kumpulan PKENPs.

Fokus utama ceramah agama tersebut adalah berkenaan persediaan setiap umat Islam dalam menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak meliputi pelbagai sudut seperti keimanan,mental, fizikal, ilmu dan kewangan.