Majlis PKENPs & Syarikat Kumpulan Bersama Pelanggan

KANGAR, 8 Julai – Bertempat di perkarangan Pejabat PKENPs, satu Majlis PKENPs Dan Syarikat Kumpulan Bersama Pelanggan anjuran Kelab Sukan & Rekreasi (KRS) PKENPs telah diadakan dalam suasana santai dan meriah.

Ahli-ahli KSR PKENPs yang terdiri daripada anggota-anggota kerja PKENPs serta Syarikat Kumpulan, seperti Hotel Brasmana, Hotel Putra Palace, Pens Property, Pens Industries, Pens Holding, Perlis Marine Engineering, Modern Spectrum, Rumpun Teras, Perlis Comm, Bakau Jaya dan Perlis NCER telah bekerjasama dan bergotong royong bagi menjayakan majlis tersebut.

Majlis yang bermula pada pukul 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang tersebut telah berjaya menarik kedatangan kira-kira 800 orang tetamu yang terdiri daripada para pelanggan PKENPs dan Syarikat Kumpulan, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat umum di Negeri Perlis secara umumnya. Pelbagai menu dan juadah telah disediakan untuk para tetamu. Selain itu, terdapat booth pameran yang dibuka bagi memberi penerangan ringkas kepada orang ramai berkenaan PKENPs dan Syarikat Kumpulan.

Matlamat majlis tersebut diadakan adalah bagi menghargai kesetiaan para pelanggan dan kerjasama yang telah diberikan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dengan bidang tugas PKENPs dan Syarikat Kumpulan serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli-ahli KRS PKENPs. Selain itu, majlis ini juga diharapkan mampu membudayakan lagi amalan layanan mesra pelanggan seterusnya meningkatkan imej PKENPs dan Syarikat Kumpulan di mata para pelanggan dan masyarakat