•    

Hari KSR PKENPs Bersama Keluarga

Sebelum tirai tahun 2013 dilabuhkan, Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) PKENPs sekali lagi telah mengadakan program sosial bersama-sama ahli keluarga besar KSR PKENPs. Pada 23 November 2013 yang lalu, “Hari KSR PKENPs Bersama Keluarga” telah diadakan bertempat di Taman Ular & Reptilia Sg. Batu Pahat dan Mini Estet Harumanis Sg. Batu Pahat.

 

Aktiviti ini terbahagi kepada dua acara utama iaitu gotong-royong membersihkan Taman Ular & Reptilia untuk ahli-ahli lelaki dan penyediaan juadah dan hidangan kenduri oleh ahli-ahli wanita di Mini Estet Harumanis. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga telah diadakan.

Program dan aktiviti sebegini mampu diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi mengeratkan lagi silaturrahim ahli keluarga besar KSR PKENPs. Acara yang bermula seawal jam 8.30 pagi tersebut telah berakhir pada jam 1.00 petang.