Sukan Muhibbah PKENPs-PDC


Pada 21 Disember 2013 yang lalu, Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) PKENPs telah menerima kunjungan delegasi KSR Penang Development Corporation (PDC) bagi mengadakan “Sukan Muhibbah Antara PKENPs & PDC”.

Tujuan sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin dan juga meneruskan jaringan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

Dalam kunjungan muhibbah tersebut, sebanyak lima acara sukan persahabatan telah diadakan di antara PKENPs dan PDC iaitu bola sepak, badminton, boling, ping-pong dan karom yang diadakan di Padang Bola Sepak dan Dewan Serbaguna Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Pada sebelah malam pula, satu majlis jamuan makan malam bagi meraikan delegasi daripada PDC telah diadakan di Hotel Putra Brasmana. Diharapkan, aktiviti seperti ini mampu dikembangkan lagi bagi mengeratkan hubungan dua hala kedua-dua pihak di masa akan datang.