•    

Audit Dalam

 CHE SHAHRIYANI BT CHE SHARUDIN
Pengurus Audit Dalam

CARTA ORGANISASI

(sedang dikemaskini)

FUNGSI

  1. Menentukan sama ada operasi-operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan mempastikan bahawa dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang diwajibkan adalah diikuti.
  2. Mengulangkaji dan menilaikan secara teratur dan sistematik operasi-operasi agensi dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, keberkesanan dan ekonomi.
  3. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi-operasi Perbadanan dan anak-anak syarikat berkenaan dalam bidang-bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan di mana tindakan pembetulan adalah diperlukan. 
  4. Memberi kepada Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan PKENPs dan Pengurus Besar Perbadanan laporan-laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya (timely) mengenai operasi-operasi tersebut supaya dapat meninjau akan kedudukan Perbadanan, bagaimana rancangan-rancangannya dijalankan, sama ada matlamat-matlamatnya dicapai, sama ada wang awam digunakan dengan sepatutnya dan sumber-sumber diperuntukkan dengan cekapnya.
  5. Menjalankan tugas-tugas tersebut diatas yang merangkumi skop audit seperti berikut:-
    • Audit Pengurusan adalah berkenaan dengan perkara tanggungjawab pengurusan dalam hal-hal pengunaan wang awam, harta benda, kakitangan dan sumber-sumber lain. Auditan ini merupakan pemeriksaan yang objektif dan analitikal terhadap kecekapan dan kekesanan dalam menguruskan sumber-sumber yang ada.
    • Audit Kewangan menekankan perkara-perkara organisasi dan peraturan-peraturan yang sepatutnya dipatuhi bagi perakaunan dan kawalan dalaman. Ini adalah bertujuan untuk menentukan bahawa pembayaran-pembayaran dibuat dengan teratur dan dibenarkan, hasil-hasil dikenakan dan dipungut dengan betul dan barang-barang dikira dan dikawal dengan sepatutnya. Auditan ini juga hendaklah menetapkan sama ada sistem perakaunan dan rekod-rekod adalah sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak pengurusan atasan boleh mendapat maklumat yang tepat dan dalam masa yang cepat.
    • Audit Syarikat memastikan sama ada sesebuah anak syarikat Perbadanan telah diurus dengan cekap dan teratur serta selaras dengan objektif penubuhannya.
    • Audit Prestasi merupakan aktiviti pengauditan yang dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti, perolehan sumber yang lebih ekonomi dan cekap, memperbaiki tahap keberkesanan bagi mencapai objektif sesuatu program, meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam dan memperbaiki perancangan serta kawalan pengurusan.
    • Audit Khas merupakan aktiviti pengauditan merangkumi skop kewangan dan pengurusan yang bertujuan untuk mengendalikan sesuatu kes tertentu dan menyelesaikan masalah-masalah khusus (khas) bagi sesebuah jabatan. Ia juga berkaitan dengan siasatan yang dilakukan berdasarkan aduan atau arahan daripada Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan PKENPs, Pengurus Besar atau Lembaga Pengarah Perbadanan yang diterima dari semasa ke semasa.