•    

Kewangan


MOHD NAZAR BIN ISMAIL

Pengurus Kewangan

CARTA ORGANISASI

(sedang dikemaskini)

FUNGSI 

Jabatan Kewangan mempunyai matlamat untuk memastikan supaya pengurusan dan pengawalan wang dan harta Perbadanan diuruskan dengan baik melalui sistem-sistem kawalan yang teratur dan memastikan perakaunan dan buku-buku akaun lengkap dan tersusun mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Fungsi jabatan ini adalah seperti berikut:-

  • Mengadakan sistem kawalan dan akaun yang sempurna supaya harta dan wang Perbadanan terkawal
  • Menyelenggara satu set akaun dan rekod yang tepat bagi asas penyediaan Penyata Kewangan dan lain-ain penyata yang ditetapkan
  • Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan setiap tahun dan merancang keperluan kewangan lima tahun
  • Menyediakan laporan-laporan dan membekalkan maklumat-maklumat kepada agensi-agensi Kerajaan dari masa ke semasa
  • Memastikan peraturan kewangan dipatuhi dan diuruskan mengikut sistem dan peraturan kewangan berasaskan kepada peraturan, garis panduan dan akta-akta yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
  • Menyiapkan satu daftar harta tetap dan memastikan harta-harta Perbadanan dikawal melalui sistem-sistem kawalan perakaunan yang teratur
  • Menyedia dan mengemukakan Penyata Kewangan dan soalan-soalan audit dan memastikan Penyata Kewangan diodit mengikut peraturan dan jangkamasa yang ditetapkan
  • Merancang dan mengawasi sumber kewangan dan mengurus keperluan kewangan Perbadanan
  • Menyedikan Laporan Kewangan bulanan dan tahunan serta laporan prestasi syarikat kumpulan