•    

Latar Belakang

 PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, yang dahulunya dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis telah ditubuhkan menurut Enakmen Negeri Perlis Bil 6 pada tahun 1973 dan berkuatkuasa mulai 01 September, 1973.

Pada tahun 1973, Kerajaan Negeri melalui Ekankmen No. 3 Tahun 1984 telah membuat beberapa pindaan terhadap Enakmen Ibu (Enakmen Bil 6 Tahun 1973) yang melibatkan beberapa Seksyen (Seksyen 4, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9 dan sebagainya) ini adalah bagi menyesuaikan dengan keadaan dan perkembanguan semasa.

Mulai 1 Mei 1985, Perbadanan telah ditukarkan ke nama baru seperti yang dikenali pada masa kini iaitu “PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS” ini berikutan selaras dengan fungsinya untuk Kemajuan Dalam Sektor Perekonomian di Negeri Perlis. Pertukaran nama ini telah diluluskan oleh Enakmen Negeri Perlis Bil. 7 Tahun 1985.

Pada tahun 1991, Kerajaan Negeri telah meluluskan satu lagi pindaan terhadap Enakmen Ibu dengan meminta Seksyen 18 untuk memperluaskan kuasa Perbadanan. Pindaan ini diluluskan oleh Enakmen Bil 2 Tahun 1991.

Di awal Penubuhannya Perbadanan yang diterajui oleh barisan Lembaga Pengarah yang terdiri daripada YAB Menteri Besar Perlis terdahulu iaitu Dato’ Jaafar Hassan serta Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dan tampuk pemerintahan telah beralih kepada YAB Dato’ Ali bin Ahmad, YAB Dato Dr Abdul Hamid Pawanteh, YAB Dato Seri Sahidan bin Kassim dan akhir sekali pada masa ini Perbadanan dipengerusikan oleh Menteri Besar Perlis yang baru iaitu YAB Dato Seri Dr Mat Isa bin Sabu.

Perbadanan juga dikuatkan lagi dengan barisan Pengurus Besar terdahulu hingga kini yang mana masih mengekalkan peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip asal penubuhan Perbadanan.

Senarai Pengurus Besar yang pernah bertungkus lumus memertabatkan nama Perbadanan ke peringkat yang lebih tinggi ini adalah :-

i)            En. Ahmad bin Mahfuz Ali                            (1974-1975)

ii)           Tuan Haji Bakar bin Yaakob                          (1975-1977)

iii)          En. Ahmad bin Osman                                 (1977-1979)

iv)          En. Nazim bin Abdul Rahman                        (1.10.1979-9.10.1984)

v)           En. Izham bin Omar                                    (1.1.1985-28.2.1994)

vi)          En. Mat Noh bin Sulaiman                            (1.11.1994-31.8.1997)

vii)         En. Anuar bin Abdul Razak                            (1.10.1998-2.3.2000)

viii)        Dato’ Haji Ismail bin Osman                          (1.6.2000-15.9.2003)

ix)          En. Johari bin Shafie                                   (16.2.2004-15.4.2004)

x)          Tn. Hj. Muhamad Yazi bin Zin                        (1.9.2004-28.2.2007)

xi)         En. Zulkafli bin Ahmad                                 (16.12.2007-1.7.2010)

xii)         En. Kassim bin Zakaria                                 (1.12.2010-31.3.2015)

xiii)        En. Norsiake bin Kassim                                (1.4.2015 - sekarang)

Perbadanan telah mengekalkan pengambilan Pengurus Besar secara kontrak dari masa ke semasa. Walaupun begitu ianya tidak menjejaskan kredibiliti Perbadanan sehingga kini. Perbadanan pada masa ini mempunyai bilangan anggotakerja berjumlah 65 orang. Perbadanan bergerak maju dalam membangunkan ekonomi negeri Perlis amnya dan menjadi organisasi terpenting di dalam negeri Perlis sehingga kini.

Lokasi pertama Perbadanan beroperasi pada tahun 1974 dahulu terletak di sebuah rumah kedai di Jalan Behor Temak, Kangar Perlis dan Perbadanan kian mengorak langkah untuk mencari hala tuju yang sebenarnya dengan menempatkan organisasinya di bangunan 2 tingkat milik Perbadanan sendiri di Jalan Kangar sehingga ke tahun 1991 sebelum mendaki ke tangga yang lebih tinggi dengan menduduki bangunan ‘Menara Kemajuan’ pada tahun 1991 setinggi 12 tingkat di Bandar Kangar. Perbadanan menjalankan operasinya di tingkat 10,11 dan 12 dan telah memberi sewaan kepada lain-lain organisasi kerajaan dan swasta. Pada tahun 1992 Perbadanan sekali lagi berpindah ke bangunan baru rumah kedai milik sendiri di Jalan Raja Syed Alwi Kangar, ini adalah berikutan penjualan bangunan Menara Kemajuan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dimana Perbadanan mendapat tawaran yang menguntungkan. Sehingga kini operasi Perbadanan masih berjalan di No. 173-191, Taman Kemajuan, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar dengan menggunakan bangunan rumah kedai untuk menempatkan operasi Perbadanan. Perpindahan ini juga sebagai satu penghijrahan Perbadanan ke kawasan baru tersebut dengan hasrat memajukan dengan mendirikan prasarana-prasarana bagi kemudahan rakyat negeri amnya.

Meskipun beropeasi di dalam ruang lingkup yang agak terhad, namun Perbadanan masih berdaya maju bersaing bersama-sama pemaju-pemaju perumahan dan bangunan lain di dalam dan luar negeri dengan berjaya membina bangunan dan rumah-rumah kediaman dan rumah kedai di sekitar negeri Perlis. Permintaan yang semakin meningkat kearah pembangunan negeri melalui pembinaan bangunan, rumah kedai dan rumah kediaman menjadikan Perbadanan terus mengekalkan prinsip utama dalam menerajui pembangunan dan ekonomi negeri .