•    

Piagam Pelanggan

Dengan Izin ALLAH


Kami memberi komitmen untuk mempastikan segala program dan aktiviti yang diusahakan adalah kearah pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri serta penyertaan Bumiputera selaras dengan dasar-dasar kerajaan sedia ada.  Kami berjanji akan melaksanakannya melalui :-


  • Mencetus dan merancang projek-projek baru dan berdaya maju berdasarkan maklumat balas yang tepat dan kemaskini bagi menepati   hasrat kerajaan dan kepuasan pelanggan dalam bidang-bidang seperti berikut:-

 

a)    Pembangunan hartanah kawasan perindustrian;

b)    Pembangunan bandar-bandar baru;

c)    Pelaburan untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan penyertaan bumiputera;

d)    Bidang-bidang baru seperti industri berat, pertanian, komersil, pelancongan dan hospitaliti;

e)    Sebagai agensi pelaksana kepada program-program pembangunan kerajaan yang tetap dari masa ke semasa 


  •  Melahir dan membina masyarakat usahawan bumiputera melalui khidmat nasihat, latihan, penyertaan ekuiti dan penerokaan bidang-bidang baru.
  •  Mempastikan bahawa setiap projek yang dimajukan dapat disiapkan dalam tempoh maksima 30 bulan dari tarikh perlaksanaan atau mengikut jadual.
  • Menyediakan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan dan potensi projek ekonomi negeri Perlis.
  • Memainkan peranan utama supaya sektor perindustrian terus merupakan sebagai penyumbang utama kepada KDNK Negeri Perlis.
  • Memberikan layanan penuh mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan PKENPs.