•    

Taman Ular

taman_ular4Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat terletak di kawasan berbukit batu kapur. Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular  yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.

Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.

Terdapat sebuah mini teater khusus untuk pertunjukan permainan ular. Pusat itu mempunyai 10 kakitangan termasuk 3 pakar mengenai ular yang sudah mahir dengan ular dan boleh mengadakan pelbagai pertunjukan termasuklah menjinakkan ular berbisa dan bermain dengan ular.


Taman Ular ini di selenggarakan oleh Institute for Medical Research (IMR), yang bertujuan untuk penyelidikan biologi ke atas spesis ular di Malaysia, IMR juga menawarkan berkaitan data saintifik dan keputusan penyelidikan.
taman_ular3          taman_ular2