Dasar Privasi
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut mungkin akan dikongsi dengan agensi awam yang lain bagi membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efisien. Contohnya, dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi lain.
Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpulkan semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel.
Apakah yang Berlaku Jika Saya Membuat Pautan ke Portal/Laman Web Lain?
Portal ini mengandungi pautan ke portal atau laman web lain. Dasar privasi ini terpakai hanya untuk laman web ini sahaja. Sila ambil perhatian bahawa portal atau laman web yang dipautkan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza, dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti serta memahami dasar privasi setiap portal atau laman web yang dilawati.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, sebarang perubahan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dari semasa ke semasa, anda akan sentiasa dimaklumkan mengenai maklumat yang dikumpulkan, cara ia digunakan, dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat tersebut dikongsi dengan pihak lain.
Perlindungan Data Peribadi
Akta Perlindungan Data Peribadi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP), iaitu Akta 709.
Tanggungjawab utama jabatan ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh Pengguna Data supaya data tersebut tidak disalahgunakan atau dieksploitasi oleh pihak berkepentingan.
Keselamatan data peribadi pengguna hendaklah dilindungi bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan dalam penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, sektor awam dan swasta di Malaysia melalui transaksi komersial, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah APDP.
Dalam penguatkuasaan APDP, JPDP telah mewajibkan semua kategori Pengguna Data Peribadi yang terdiri daripada individu serta entiti swasta (kecuali Kerajaan) untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak pengguna dan orang awam.
JPDP diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah. Terdapat tiga bahagian utama di JPDP iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi, Bahagian Pemantauan, dan Bahagian Perundangan.
Sila layari halaman ini: Akta Perlindungan Data Peribadi