Polisi Privasi
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda menjalankan transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut mungkin dikongsi dengan agensi awam lain bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan efisien - contohnya, dalam meyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi lain.
1. Maklumat Terkumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpulkan semasa anda melayari portal ini, kecuali maklumat yang anda berikan secara sukarela melalui e-mel.
2. Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Saya Memuat ke Portal/Laman Web Lain?
Portal ini mengandungi pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Sila ambil perhatian bahawa portal/laman web yang diakses melalui pautan tersebut mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza. Pelawat dinasihatkan untuk meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilawati.
3. Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, perunahan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melewati halaman ini secara berkala, anda akan sentiasa dimaklumkan mengenai maklumat yang dikumpulkan, cara ia digunakan, dan dalam keadaan apa ia mungkin dikongsi dengan pihak lain.
4. Perlindungan Data Peribadi
Akta Perlindungan Data Peribadi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 susulan kelulusan Parlimen terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), juga dikenali sebagai Akta 709
Tanggungjawab utama jabatan ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh Pengguna Data, bagi mengelakkan penyalahgunaan atau salah guna oleh pihak yang berkepentingan.
Keselamatan data peribadi pengguna hendaklah dilindungi bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan dalam penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, sama ada awam atau swasta, di Malaysia dalam skop transaksi komersial, seperti yang diperuntukkan di bawah PDPA.
Dalam penguatkuasaan PDPA, JPDP mewajibkan semua Kumpulan Pengguna Data Peribadi, yang merangkumi individu dan entiti swasta (tidak termasuk Kerajaan), untuk berdaftar secara rasmi bagi melindungi hak pengguna dan orang awam.
JPDP diterajui oleh seorang Ketua Pengarah, dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah, dan terdiri daripada tiga bahagian utama:
-
Pendaftaran dan Bahagian Operasi
-
Bahagian Pemantauan
-
Bahagian Perundangan
Sila lawati halaman ini: Akta Pelindungan Data Peribadi
